Saturday 1 December 2012

jangan bersedih





Apabila kaki ini mula ingin melangkah pergi....
Datanglah secangkir rindu untuk mu...
Maka,
Aku tidak mampu untuk melangkah....
Lalu aku diam berbicara pada hati...
Adakah aku mampu untuk menanggung lagi,
Segala rasa perit d hatiku?

Dan kini,
Aku melangkah...
Menuju kehadapan,
Mencari rasa sebenar cinta dan kasih,
Daripada yang abadi,
Daripada yang penyayang....
Iaitu Allah yang satu....

Aku tahu,
Aku tidak sempurna,
Dan aku tahu adalah hamba cinta mu,

Tetapi,
Aku percaya padaNya,
Aku percaya pada cintaNya,
Kerna Dia adalah yang Maha Pengasih dan Penyayang....

Benar,
Aku tidak dapat berhenti menangis,
Berhenti mengenang,
Berhenti merindu,
Pada insan yang hanya singgah sbntar d hati....

Namun,
Aku mampu untuk berdiri,
Kerna aku tahu,
Aku akan dapat yang pasti,
Yang abadi..