Saturday 15 December 2012

privacy area....



So... what is privacy.... base from Wikipedia, privacy is  ability of an individual or group to seclude themselves or information about themselves and thereby reveal themselves selectively. The boundaries and content of what is considered private differ among cultures and individuals, but share basic common themes. Privacy is sometimes related to anonymity, the wish to remain unnoticed or unidentified in the public realm. When something is private to a person, it usually means there is something within them that is considered inherently special or personally sensitive. The degree to which private information is exposed therefore depends on how the public will receive this information, which differs between places and over time. Privacy partially intersects security, including for instance the concepts of appropriate use, as well as protection of information. Privacy may also take the form of bodily integrity




bahasa simple....

benda yang x nak d kongsikan dng sapa2..

or..

Dalam bahasa di dalam rumah 

HAK SENDIRIAN BERHAD!!!

 sebagai individu, kita semua ada ada hak privacy masing...tidak kiralah dimana kita berada... kalau dalam klas ... bag sekolah *hew hew beg sekolah gitu* even dalam fb pun ada privacy satting.... so nak cakap ape bende lagi.....  


sebelum melalut dan melalut....

bla... bla....dan bla....

mari kita stright to the point of this entry...


        Apa yang di maksudkan hak peribadi didalam umah? ya... kawasan dimana hanya pemilaiknya sahaja yang dapat asses masuk kat tempat tuh... dan kalau ader orang lain (selain ibu dan ayah) orang itu perlu memaklumkan kpd tuan empunya tempat sebelun dia masauk... paham??? adakalh korang nampak kawasan mana yang hendak d tonjolkan di sini?...... .... bilik tidur.... ya... bilik tidur....

       Bilik tidur adalah d mana kita sebagai taum empunya bilik boleh buuuat sesuka ati ( selain daripada pasang lagu yang memekak2 samapai juran sebelah rumah denga)... macam our mini kingdom  gituw.....

dan... kita mempunyai hak untuk menghalang pencerobohan daripada berlaku di mini kingdom kita ini..

*sedang menyiapkan senjata dan mengasah parang2 utk pertahankan bilik*




Adab- adab  masuk bilik ibu bapa...

Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum solat subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah solat isyak.

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nur: 58-59)

Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan segala isinya merupakan 'harta' yang menjadi benteng maruah kepada sesebuah keluarga. Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus dijaga adab-adabnya. Oleh itu anak-anak yang masih kecil mahu pun yang telah dewasa harus dididik menghargai dan menghormati tempat tidur ibubapa, terutama waktu-waktu ibubapa beristirehat. Justeru itu anak-anak apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu. Allah s.w.t. menjelaskan bahawa tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini disebabkan ruang untuk mereka mendedahkan aurat agak tinggi. Tiga waktu yang dimaksudkan di atas ialah :

1. Sebelum solat Subuh. Waktu ini ialah waktu ketika ibubapa kemungkinan sedang tidur. Atau ketika ini juga kemungkinan adalah waktu ibubapa sedang bangun dari tidur. Justeru anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibubapa sebelum masuk. Waktu inilah waktu 'persendirian' bagi ibubapa. Mungkin ketika itu peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh itu anak-anak dilarang mengganggu ibubapa.

2. Sekitar sebelum waktu Zuhur. Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu 'Qailulah' iaitu antara waktu yang disunatkan untuk tidur sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat, sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur. Anak-anak sewajarnya meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibubapa demi mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak.

3. Selepas Isyak. Waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur. Atau kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik. Anak-anak sewajarnya diajar supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk supaya kehormatan ibu bapa terpelihara.

Islam sangat menitikberatkan pendidikan atau latihan yang bersifat dalaman melalui pembentukan akhlak dan peribadi anak-anak sebelum mereka berhadapan dengan masyarakat luar. Ia sebenarnya merangkumi etika kejiranan yang melibatkan komuniti di luar rumah kita.

Selain daripada perlakuan anak-anak dalam menjaga adab-adab tersebut, pemeliharaan aurat juga wajar dipraktikkan oleh ibubapa sendiri melalui konsep 'Kepimpinan Melalui Teladan'.

Ibubapa juga seharusnya menjaga penampilan diri mereka melalui etika pakaian yang bersesuaian agar lebih bersopan dan menepati syarak terutama di hadapan anak-anak. Berpakaian secara sopan ini merupakan suatu disiplin yang cukup penting dalam Islam yg boleh menghindari sesebuah keluarga itu daripada berlakunya insiden yang tidak baik.

Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. untuk memelihara aurat anak-anak dan membentuk adab mereka dengan akhlak yang sempurna. Di dalam sebuah hadis Baginda s.a.w. yang bermaksud:Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud)

Untuk mengelak rumah menjadi punca kepada berputiknya unsur-unsur maksiat dan gejala negatif, Islam telah menutup ruang-ruang yang boleh membawa gejala tersebut. Rumah yang baik sekurang-kurangnya mengandungi tiga buah bilik tidur secara berasingan, iaitu sebuah bilik untuk ibu bapa dan dua buah bilik yang memisahkan antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan.

Ia berhubung-kait dengan faktor perkembangan seksologi anak-anak yg bermula apabila mereka mencapai tahap kematangan kemudian berlakunya beberapa perubahan terutama dari segi fizikal mereka. Ia biasanya bermula dalam lingkungan umur 10 tahun yang membabitkan beberapa perubahan hormon dalam tubuh badan seseorang.

Perkembangan peringkat umur baligh biasanya akan memberi kesan kepada emosi dan ragam mereka sehingga mendorong sikap dan tindakan 'ingin tahu' mereka. Di sinilah letaknya hikmah di sebalik gesaan Rasulullah s.a.w. supaya ibu bapa memisahkan bilik tidur anak-anak lelaki dan anak perempuan ketika umur mereka 10 tahun supaya aurat mereka terpelihara dan tidak timbul sebarang masalah yang boleh mencemarkan kesucian agama dan keturunan mereka.

Di dalam firmanNya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(At-Tahrim: 6)


Sumber : irwanirah.com